0 days 0 hours 0 minutes 0 seconds

PROGRAM IHYA' RAMADAN

Program Ihya' Ramadan Yayasan WIBA PRIMA merupakan inisiatif tahunan yang dilaksanakan dengan kerjasama #WeAreTheXPERTS bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan pengisian rohani. Program ini melibatkan penyertaan syarikat dan organisasi seperti XPERTS.MY, Modkha, Lembaga Zakat Selangor, MAIWP serta masjid-masjid yang berkaitan, dengan objektif utama menyantuni golongan memerlukan serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam komuniti.

LAPORAN PROGRAM IHYA' RAMADAN

Ihya’ Ramadan 2025

Menjayakan Ramadan, Menyemai Harapan

Menjayakan Ramadan,
Menyemai Harapan

Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, lebih 1,000 jiwa disantuni,lebih RM189,000 dikongsi,
dan lebih 15 lokasi diwarnai kasih sayang.

Dari pek makanan asas hingga projek tenaga lestari,
setiap sumbangan membawa sinar kepada mereka yang memerlukan.

💖 Setiap nombor ada kisah.
Setiap kisah bermula dengan anda.

Klik untuk lihat bagaimana kebaikan kecil telah mencipta impak besar dalam
Laporan Ihya’ Ramadan 2025.

Baca Laporan

Ihya’ Ramadan 2024

Satu Bulan. Ribuan Manfaat.

Satu Bulan.
Ribuan Manfaat.

Ramadan 2024 menyaksikan lebih RM85,000 disumbangkan, 1,569 individu disantuni, dan 21 organisasi dibantu melalui agihan pek makanan, duit raya, foodbank dan tajaan iftar.

Program ini dijalankan di pelbagai lokasi strategik seperti masjid, surau dan komuniti PPR di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Perak, dengan sokongan syarikat korporat, sukarelawan muda, serta NGO tempatan.

✨ Dari pelancaran foodbank di masjid, hingga senyuman anak-anak asnaf di majlis iftar — setiap momen membawa makna.

📘 Lihat bagaimana anda telah menyemai harapan:

Baca Laporan

KALENDAR IHYA' RAMADAN 2025

FOODBANK

Yayasan WIBA PRIMA bersama syarikat XPERTS mengambil inisiatif foodbank ini sebagai salah satu usaha untuk membantu mereka mendapatkan makanan asas secara percuma. Program Ihya' Ramadan Yayasan WIBA PRIMA merupakan aktiviti tahunan bulan Ramadan di bawah tema #DakwahKreatif. Pek makanan kering bernilai RM100 juga telah diagihkan kepada asnaf-asnaf di bawah seliaan masjid berikut.

Cyberjaya

Masjid Cyber 10

Dengkil

Masjid Jameatus Solehah, Dengkil

Cyberjaya

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

Puchong

Masjid Meranti

Lembah Keramat

Masjid Assobirin

Perak

Masjid Nurul Hidayah

XPERTS IFTAR 2025

Pada 6 Mac 2025 bersamaan 5 Ramadan 1446H, Yayasan WIBA PRIMA bersama XPERTS.MY telah menganjurkan Majlis #XPERTSIftar2025 & Sumbangan Pek Ihya Ramadan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Seramai 25 anak-anak asnaf dan keluarga dari PPR Lembah Subang 2 diraikan dengan sumbangan duit raya dan pek makanan asas.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah khas bertajuk “Wanita Beraspirasi Membina Legasi” oleh Prof Dr Siti Rugayah Hj Tibek, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Semasa, bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2025. Turut hadir organisasi jemputan seperti Lembaga Zakat Selangor, MAIWP, ARISMA, PeSTeC dan Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin sebagai tanda sokongan.

YWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma atas sumbangan dan komitmen sepanjang Ramadan dalam membantu komuniti yang memerlukan.

Ihya' Ramadan Yayasan WIBA PRIMA 2025

Ihya' Ramadan Yayasan WIBA PRIMA 2024

Ihya' Ramadan Yayasan WIBA PRIMA 2023

SUMBANGAN PEK IHYA' RAMADAN

"Rezeki Dikongsi Ramadan Diberkati"

SASARAN SUMBANGAN RM100,000.00

Ikuti kami di platform ini